Friday, April 25, 2008

IMAM AL-GHAZALI

Suatu hari Imam Al-Ghazali bertanya kepada anak-anak muridnya, yang Pertama, "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?" murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Kerana itu adalah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Kemudian Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dengan kita di dunia ini?" murid-muridnya ada yang menjawab negara, matahari, dan bulan. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tetapi yang paling tepat ialah "MASA LALU". Bagaimanapun kita tetap tidak mampu kembali ke masa lalu. Oleh itu, kita haruslah menjaga hari ini dan masa hadapan dengan perbuatan yang selaras dengan tuntutan agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU". (Al-A'raf:179). Maka kita harus menjaga hati nafsu kerana nafsu itu boleh membawa kita ke lembah neraka.

Pertanyaan keempat pula, "Apakah yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan itu adalah hampir betul, kata Imam Ghazali tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH". Tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah ALLAH meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini.

Pertanyaan yang kelima yang ditanya oleh Imam Ghazali adalah, "Apakah yang paling ringan di dunia ini?" Ada yang menjawab kapas, angin, dan debu. Semua itu benar tetapi yang ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT".

Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Imam Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakitkan hati dan melukakan perasaan saudara sendiri.

No comments: